October 28, 2013

Diet Atkins Itulah AKU




Assalamualaikum semua



Hampir 1tahun aku menyepi, aku buat experiment diri aku sendiri tentang kesihatan. Aku dulu bukan seorang perempuan yang sempurna. Banyak kekurangan dalam diri. Gemuk yang menyebabkan aku rendah diri. Tiada confident dalam diri. Tapi sejak aku kenal DIET ni. Aku berjaya ubah diri aku dan kehidupan aku sendiri. Aku sekarang rasa semangat untuk lakukan semua hal. Confident tu yang penting dalam diri aku sekarang. Badan rasa ringan dan lagi 1 yang penting sekali senang melakukan ibadah solat. Terima kasih tak putus2 sokongan dan dorongan dari doktor, family, kawan2 dan jugak buah hati tanpa mereka aku tak jadi macam sekarang. Aku pun bangga diri aku sendiri kerana berjaya lakukan. Rasa nak menangis pun ada. Kalau ada EMAK ada lagi mesti dia tersenyum tengok anak dia dah kurus. Dari dulu memang nak anak dia kurus tapi masa menbataskan kita. Rasa nak menjerit dekat mak kakak dah kurus *tapi dalam hati je boleh. Kakak rindu Mak sangat2. :(

Sebelum ni aku ada buat diet ni. Aku tak ikut betul2 rules DIET ni sebab aku memang gila nasi okeyh ! Memang susah gila nak tinggalkan nasi. Kalau tak ada lauk pun aku masih boleh makan nasi kosong. Punya la tak boleh tinggal nasi. Tapi sekarang NASI pandang sebelah mata je. Cewahhh tak boleh blar ayat aku kan. Tapi itukan kenyataan yang aku boleh bagitau. Dulu dan sekarang sudah berbeza. 

FIRST aku SENTAP bila doktor kata


 “AWAK MUDA LAGI . TAPI TERLAMPAU BERAT SANGAT MACAM2 PENYAKIT AWAK BOLEH DAPAT. AWAK ADA 2 PILIHAN SAYA NAK BAGI SAMA ADA KURUS atau TAK BOLEH PREGNANT BILA KAHWIN ! “


 Memang aku tersentap habis2. Siapa nak kahwin tak ada anak right ? mesti nak. Orang gila pun nak anak. Damn! Dekat situ aku berfikiran sejenak. 


AKU PERLU LAKUKAN PERUBAHAN BUKAN ESOK TAPI HARI NI.


 Doktor pun suruh try DIET ATKINS tak pun DIET KALORI. Memandangkan aku tahu sedikit tentang DIET ATKINS. 


Aku buat research tentang atkins bukan 1hari bukan 2mggu bukan 3bulan tapi sampai sekarang aku masih research pasal diet atkins dan dalam masa yang sama aku cuba dan terus cuba.

Mula2 memang kantoi banyak. Lama-lama dari 1pinggan jadi separuh pinggan nasi sampai la 2sudu nasi dan terus tinggal nasi. Dari situ aku belajar untuk control diri sendiri. Minggu pertama memang menggeletar satu badan. Masuk minggu kedua Alhamdulillah semua berjaya. Aku berjaya turun 2minggu = 12kg.

Dari tak tahu apa-apa pasal workout sekarang serba sedikit aku tahu pasal workout. Masih banyak benda aku research yang terbaik untuk diri aku. 

Dari berlari sikit dah semput. Sekarang berlari NON-STOP 5ROUND pun aku sendiri tak sedar.
Itu la kelebihan bila kita badan kurus. bukan sekadar kurus. tapi kurus yang boleh buat apa saje dalam workout. Badan pun sihat. kehidupan kita pun bahagia. ye dakk. Maybe bila dah dapat target berat aku cuba untuk masuk maraton macam mana SIFU2 yang dulu kurus sekarang dah makin cantik dan hensem. bukan cantik dan hensem sahaja tapi aktif dalam sukan. wowww amazing bukan. Sifu2 yang berat 100++ kg kot. Aku jadikan mereka2 itu my idol untuk kesihatan aku ni.

Sampai sekarang aku dah loss 32kg dalam masa 7bulan. Testimoni diri sendiri diet atkins.


BERAT BARU 60KG dapat pakai baju arwah mak :) 25KG LOSS



32kg loss. Coming soon Target berat 45kg. berat IDEAL dah dapat :)



Aku sendiri tak percaya dapat buat semua ni. tapi hakikat itu la aku. Itu la diri aku yang dulu dan sekarang. Tiada yang mustahil. Usaha dan Tawakal Insyaallah dapat result yang mengembirakan :) Yang penting workout kena. Bukan kena je tapi wajib bagi fit badan kite :)

WARNING : JANGAN MAKAN UBAT KURUS ! SEMUA UBAT KURUS ADA EFFECT AKAN DATANG ! KALAU NAKKAN SESUATU USAHA DARI BAWAH ! BUKAN NAKKAN SESUATU YANG SEKAJAP ITU DAPAT ! TIADA DALAM DUNIA NI. AMALKAN DIET YANG SIHAT DAN WORKOUT INSYAALLAH DAPAT APA YANG KITA IDAMKAN :)


3 cahaya mentari:

Unknown said...

cayalah teha!
all the best!
cayok cayok!

♥ solehah ♥ said...

alhamdulillah.. solehah pulak nak kuruskan badan skrg. stressnya.. dulu masa kt poli senang lahh nak buat diet atkins. smpai satu minggu pun boleh kurang 5kg.. tp sekarang dh duk umah. rasa susah pulak.. taktau susah sebab ape.. asek makan2 dgn family kot.. bagi la tips sikit teha kt solehah ni.. aaaaa..

Anonymous said...

cik cahya, kita pon sekarng ni baru berjinak dengan atkins ni, baru 2 hari try, sebelum ni cuba diet kalori, tapi tengok diet atkins ni mcm ramai yang berkesan, jadi teringin nak cuba, memandangkan mmg tengah diet jadi senang sikit nak ikot,, blh tak nak dapatkan contact number ke ape, nak dapatkan guide ?